Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. |
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. |
Elok arak di hari panas. | Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai. |
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.) | Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. |
Elok buruk dan busuk hanyir. | Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. |
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. | Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat. |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. |
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.) | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. |
Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. |
Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. |
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.) | Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. |
Empat sudah bersimpul satu. | Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin. |
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. | Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. |
Enau mencari (= memanjat) sigai. | Perempuan mencari lelaki. |
Enau sebatang dua sigainya. | Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya. |
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. |
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.) | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. |
Enggang lalu ranting patah. | Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya. |
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. |
Entak sedegam, langkah sepijak. | Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.) |
Entimun bongkok. | Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. |
Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. |
F
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Fikir itu Pelita hati. | Fikiran suluh kebenaran. |
G
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.) |
Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. | Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar. |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. |
Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. |
Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.) |
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. | Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu. |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah dipandang seperti kuman. | Terlalu marah. |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah empat kaki lagi tersaruk. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. |
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.) | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. |
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.) | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. |
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.) | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). |
Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |
Gajah mati, tulang setimbun. | Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya. |
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.) | Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.) | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. |
Gajah rompong belalai. | Raja yang tiada berkuasa. |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya. |
Gajah terum di tengah rumah. | Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.) |
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. | Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia. |
Galas terdorong kepada Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gali lubang menutup lubang. | Meminjam wang untuk membayar hutang. |
Gamak-gamak seperti menyambal. | Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja. |
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. | Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.) |
Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
Garam dikulum tak hancur. | Orang yang pandai menyimpan rahsia. |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. |
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. |
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Garuda diburu layang-layang yang dapat. | Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan. |
Gaya saja, rasanya wallah. | Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk. |
Gayung bersambut, kata berjawab. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.) |
Gayung tua, gayung memutus. | Perkataan orang tua biasanya tepat. |
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan. | Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.) |
Gedang kayu, gedang dahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. |
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. | Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. (gelagah boreh = rambutan jantan.) |
Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. |
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. | Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian. |
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. | Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. |
Geleng seperti si patung kenyang. | Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya. |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. |
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.) | Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. |
Genggam bara api biar sampai jadi arang. | Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.) | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek |
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. |
Genting putus, biang tembuk. | Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai. |
Geruh luka ajal mati. | Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. |
Geruh menempuh dalam tubuh. | Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.) |
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. |
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.) |
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.) | Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. |
Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. |
Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) | Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. |
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. | Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.) |
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. |
Gulai terlampau serai maung rasanya. | Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia. |
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. | Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan. |
Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. |
Gunung juga yang dilejang panas. | Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan. |
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. |
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
H
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Habis adat kerana kerelaan. | Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian. |
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Habis akal baru tawakal. (tawakal = berserah diri kepada Tuhan.) |
Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. |
Habis beralur maka beralu-alu. (beralur = berunding.) |
Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. |
Habis cupak dari pelelehan. | Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) = tiris, bocor.) |
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa. | Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. |
Habis hulubalang bersiak. (siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.) |
Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. |
Habis kapak berganti beliung. | Sangat rajin bekerja. |
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. | Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar. |
Habis manis sepah dibuang. | Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. |
Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. |
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus. | Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. |
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. | Tidak berdaya lagi. |
Habis umpan kerong-kerong tak dapat. (kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua") |
Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. |
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. | Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan). |
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. | Tidak bersungguh-sungguh. |
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api. | Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah. |
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. | Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan. |
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai. | Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya. |
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. (meraup = mencedok dengan tangan.) |
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. |
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. (lenggang serdadu = sikap yang gagah.) |
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. |
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. | Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. |
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk = pekasam.) |
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan. (untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.) |
Percaya kepada orang yang sangat malas. |
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. |
Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Hari ini patutlah redup (= panas keras). | Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik. |
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. | Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya. |
Hari ini terlebih baik daripada besok. | Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok. |
Hari tak selamanya panas. | Untung dan malang silih berganti. |
Hari tidak siang saja. | Tidak selamanya senang terus-menerus. |
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. |
Harimau hendak menghilangkan jejaknya. | Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya. |
Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |
Harimau memperlihatkan kukunya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |
Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |
Harimau menunjukkan belangnya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |
Harimau menyorokkan kuku. | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. | Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil. |
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. | Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya. |
Harta orang hendak digalas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |
Harta orang hendak dikebas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |
Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. |
Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. |
Harum semerbak mengandung mala. (mala = air bangkai yang telah busuk.) |
Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. |
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. | Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. |
Hati bagai baling-baling. | Pendirian yang tidak tetap. |
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. | Orang yang tidak ada perasaan. |
Hati bak serangkak dibungkus. | Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini. |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. | Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. |
Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. |
Hati hendak semua jadi. | Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan. |
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. |
Hati yang ringan meringankan beban yang berat. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan. | Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain. |
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. |
Hempas tulang berisi perut. | Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. |
Hempas tulang tak berbalas jasa. | Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya. |
Hendak air pancuran terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu. |
Hendak bersunting bunga mala. | Hendak beristeri perempuan tua. |
Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. | Hendak beristeri anak gadis. |
Hendak bertanduk kepala dipahat. | Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri. |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. |
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar. (termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.) |
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. |
Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting. | Malas bekerja tetapi banyak makan. |
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar. (bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.) |
Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. |
Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. |
Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. |
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya. | Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula. |
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya. | Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya. |
Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |
Hendak mendapat pisang terkupas. | Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha. |
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. |
Hendak mengayuhkan perahu tertambat. | Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya. |
Hendak mengepal pasir kering. | Membuat pekerjaan yang sukar. |
Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. |
Hendak panjang terlalu, patah. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya. | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan. |
Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. | Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. |
Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput. | Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit. |
Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. |
Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |
Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.) |
Hendak ulam, pucuk menjulai. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |
Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. |
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. |
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. | Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah. |
Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. |
Hidung sudah rampung diatur orang. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. |
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. | Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. |
Hidup di hujung gurun orang. | Hidup melarat. |
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. | Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. |
Hidup dua muara. | Hidup dengan dua macam pencarian. |
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. |
Hidup segan mati tak mahu (= embuh). | Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit). |
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. |
Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. |
Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. |
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. | Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri. |
Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. |
Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami. | Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan. |
Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.) | Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. |
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.) | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Hilang kabus, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. |
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. |
Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. |
Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. |
Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. |
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. |
Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.) | Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. |
Hilang tak tentu rimbanya. | Hilang tidak berbekas. |
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.) | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. |
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. | Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya. |
Hilang tukul hilanglah pahat. | Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman. |
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |
Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.) | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. |
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. |
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam. | Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta. |
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. | Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri. |
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. | Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain. |
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. | Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah. |
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.) | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.) | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. |
Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. |
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. |
Hujan berbalik ke langit. | Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah. |
Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan jatuh ke pasir. | Berbuat baik tidak pada tempatnya. |
hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |
Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. |
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. |
hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.) |
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. | Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan. |
Hujung lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. |
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. |
Hukum yang rata, adat yang datar. | Sesuatu yang sama baiknya. |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. |
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat untung.) | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. |
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.) | |
Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. | |
Hutang (= pinjam) kayu ara. | Hutang yang tak mungkin terbayar. |
Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. |
Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang sebelit (selilit) pinggang. | Sangat banyak hutangnya. |
Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Hutang tiap helai bulu. | Sangat banyak hutangnya. |
I
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. | Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan. |
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. | Sangat miskin. |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.) |
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu | Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). |
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. | Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya: segar.) |
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. | Tidak ada kemerdekaan. |
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. | Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.) |
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas. | Suami isteri yang berkasih-kasihan. |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. |
Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.) | Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. |
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. | Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.) |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. |
Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. |
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. | Orang melarat mendapat pertolongan. |
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.) | Pencarian yang tiada memadai. |
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah. | Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.) |
Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.) | Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap). |
Ikan di hulu tuba di hilir. | Perbuatan yang sia-sia. |
Ikan di kuali, habis melompat. | Nasib yang malang. |
Ikan digulai sudah melompat. | Nasib yang malang. |
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-rempah.) |
Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. |
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis porcelain.) | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. |
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. |
Ikan tergantung, kucing tunggu. | Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini. |
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. | Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat. |
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. |
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. | Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana. |
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.) | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. |
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. |
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.) | Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. |
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. | Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya. |
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. |
Inai tertepung, kuku tanggal. | Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.) |
Indah khabar daripada rupa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. |
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait. | Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. |
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. | Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. |
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. | Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu. |
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi. | Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh. |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. |
Ini hari orang, besok hari kita. | Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat) |
Intan berlian jangan dipijakkan. | Untung bahagia jangan dielakkan. |
Intan dikalungkan di leher anjing. | Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya. |
Intan disangkakan batu kelikir. | Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya. |
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. | Kebenaran akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat. |
Intan salah serudinya. (serudi = canai.) | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. |
Isi dada bekal berjalan. | Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki. |
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. | Kita yang berusaha, orang lain yang senang. |
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. | Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. |
Itik bertaji. | Sangat penakut, tetapi sombong. |
Itik diajar berenang. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. |
Itik dimandikan takkan basah. | Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran. |
Itik mendapat air. | Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya. |
Itik tak sudu, ayam tak patuk. | Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan. |
J
Peribahasa | Maknanya | ||||
---|---|---|---|---|---|
Jadi air mandi. | Sudah jadi kebiasaan. | ||||
Jadi alas cakap. | Hadiah kepada orang yang berjasa. | ||||
Jadi bapa kuda. | Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan. | ||||
Jadi bumi langit. | Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti. | ||||
Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.) | ||||
Jadi kuda beban. | Orang suruhan. | ||||
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). | Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan. | ||||
Jadi penghubung kaki tangan. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. | ||||
Jadi penghubung mata telinga. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. | ||||
Jadi teluk ulakan air. | Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja. | ||||
Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.) | Habis (= selesai) sama sekali. | ||||
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. | Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang). | ||||
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.) | Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. | ||||
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. | Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.) | ||||
Jalan raya titian batu. | Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. | ||||
Jambatan emas. | Jalan mencapai bahagia. | ||||
Janda belum berlaki. | Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya. | ||||
Janda berhias. | Janda yang belum beranak. | ||||
Jangan bagai babi merasa gulai. | Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. | ||||
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela. | Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua = melampau.) | ||||
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.) | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. | ||||
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak). | Makin kaya (berilmu) makin sombong. | ||||
Jangan bercermin di air keruh. | Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk. | ||||
Jangan berebutkan tembikar pecah. | Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya. | ||||
Jangan berkemudi di haluan. | Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri. | ||||
Jangan bersandar di batang rengas. | Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat. | ||||
Jangan bersandar di punggur. | Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya. | ||||
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. | Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan. | ||||
Jangan buat kerbau tanduk panjang. | Jangan ikut campur dalam urusan orang lain. | ||||
Jangan diajar anak harimau makan daging. | Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. | ||||
Jangan diajar orang tua makan dadih. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.) | ||||
Jangan diajar orang tua makan kerak. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. | ||||
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. | Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang. | ||||
Jangan difikirkan air pasang saja. | Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa. | ||||
Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya. | Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. | ||||
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga. | Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. | ||||
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. | Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. | ||||
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. | Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.) | ||||
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. | Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa. | ||||
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. (guri = sejenis buyung.) | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. | ||||
Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. | ||||
Jangan memanah ke langit. | Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri. | ||||
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. | Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram. | ||||
Jangan memberi bunga kepada monyet. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. | ||||
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya. | Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan memijak benang arang orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang. |
||||
Jangan menggegai sempada di bawah batang. | Bahaya jangan dicari-cari. | ||||
Jangan menggerak ular tidur. | Bahaya jangan dicari-cari. | ||||
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya. | ||||
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.) | Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita. | ||||
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan. | ||||
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. | Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia. | ||||
Jangan merempuh sarang lebah. | Bahaya jangan dicari-cari. | ||||
Jangan puntung berasap jua. | Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi. | ||||
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. | Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan. | ||||
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). | Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik. | ||||
Jangan seperti si buta mematah tongkat. | Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita. | ||||
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. | Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat. | ||||
Jangan tercirit di periuk. | Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita. | ||||
Jangat liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.) | ||||
Janji sampai, sukatan penuh. | Sudah sampai ajal. | ||||
Janjian antah tidak ceruh. | Nasib yang malang. | ||||
Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.) | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. | ||||
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. | ||||
Jari kudung dimasukkan cincin. | Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya. | ||||
Jaring berbangkit kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. | ||||
Jarum halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. | ||||
Jatuh berjolok. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. | ||||
Jatuh berkait. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. | ||||
Jatuh di atas tilam. | Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya. | ||||
Jatuh dihimpit tangga. | Mendapat kesusahan silih berganti. | ||||
Jatuh tidak berkait (= berjolok). | Membuat sesuatu tanpa diminta. | ||||
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. | ||||
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. | Banyak pengalaman. | ||||
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. | Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk = dipegang.) | ||||
Jauh dari mata jauhlah dari hati. | Hilang kasih sesudah berjauhan tempat. | ||||
Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. | ||||
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. | ||||
Jauh panggang dari api. | Jawapan atau sindiran yang tidak tepat. | ||||
Jauhari juga yang mengenal manikam. | Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. | ||||
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? | Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah. | ||||
Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.) | Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. | ||||
Jejaknya keruh. | Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik. | ||||
Jelatang di hulu air. | Perkara yang selalu menyusahkan. | ||||
Jemur terkekar ayam tiba. (terkekar = terkembang.) |
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. | ||||
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.) | ||||
Jerat halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. | ||||
Jerat semata bunda kandung. | Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. | ||||
Jerat serupa jerami. | Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan. | ||||
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. (balam = burung tekukur.) | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. | ||||
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. | ||||
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah. | Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. | ||||
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa. | Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. | ||||
Jika baik ada cacatnya. | Tidak ada yang sempurna benar. | ||||
Jika berjumbai tempat bergantung. | Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan. | ||||
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah juga. | Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga. | ||||
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.) | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah | ||||
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | ||||
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. | Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani. | ||||
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. | ||||
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. | Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. | ||||
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. | Yang jahat itu tetap jahat.
|
||||
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. | ||||
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. | Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah. | ||||
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya. | ||||
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya. | Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai. | ||||
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah = membabat, menebangi.) | Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan | ||||
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | ||||
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. | Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu. | ||||
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan = pendakian.) | Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. | ||||
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. | Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | ||||
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. | Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu. | ||||
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. | ||||
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | ||||
Jikalau beranak ikut kata bidan. | Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita. | ||||
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. | ||||
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga. | Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik. | ||||
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. | Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. | ||||
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. | Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu. | ||||
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. | Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu = tilam tempat duduk.) | ||||
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. | Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna. | ||||
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. | ||||
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. | ||||
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. | Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian. | ||||
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. | ||||
Jirus bagai bulan akan habis. | Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.) | ||||
Jiwa bergantung di hujung rambut. | Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu. | ||||
Juadah sudah dijilat cicak. | Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam. | ||||
Jual sutera beli mastuli. | Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.) | ||||
Jung pecah, yu yang kenyang. | Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntu |